Info Us

Cerita pasif; cerita monolog; cerita sehala; cerita angan; cerita imaginasi; cerita schizo. Bilang apa sahaja untuk bahasa mudah. Sekadar merenung sambil membayangkan; tiada salahnya bukan? Sila jangan cuba adegan ini; Ianya adalah salah di sisi agama. Ketamadunan manusia itu sendiri sebetulnya indah untuk dihayati. Minda separa-sedar mampu membawa pelbagai bicara buat tubuh; belajar bertoleransi dengan tubuh sendiri agar harmoni dunia ada akhirat.

Tuesday 31 January 2012

Hack...

Story byVee
Semalam aku berjumpa dengan KuJen kat kedai kopi Kumbang Bintang. Lama tak jumpa mamat sorang ni. Dia kawan lama aku, kawan masa sekolah, kawan paling samseng tapi kepala hotak boleh pakai punya. Kalau bab IT dia memang mahir, orang kata hujung jari saja. Cehhh aku jer yang tak  mahir apa-apa, aku cuma mahir skodeng orang cantik, orang lawa dan orang genit saja, bukan mata keranjang tapi mereka itu akan berasa dihargai kalau aku tenung mereka. Oh ya, pastinya bini aku tip top tau! Hak..

Hmm masa jumpa KuJen tu pun aku banyak sembang pasal IT dengan mamat kutu berahak berwajah puaka handsome...sama macam aku lah...tapi bila balik rumah dan belek file kerja, aku hilang mood, nafsu nak meniduri bini aku pun sentap bila ingat muka celaka bos aku kat office. Nak kata dia dengki dengan aku, aku bukan ada apa pun, aku cuma ada bini lawa, sebuah rumah teres empat bilik, sebiji kereta yang lampunya seakan-akan mata cougar dan tiga ekor anak kucing manja buat penghibur aku laki bini. Kami belajar bela anak kucing dulu sebelum bela anak sendiri. Hahaha!

Ok bos aku ni punyalah tahap dewa bencikan aku..dia buat aku macam lembu, herdik jerkah sesuka hati saja. Kalau nak bambu aku, depan-depan junior je dia tiak sama aku..memang puaka perangai busuk dia. Janggut (dia ni colleague aku yang terbaik) pernah komplen betapa aku kebal telingan dan buta hati kerana masih sanggup bekerja di bawah bos bersikap jembalang tanah itu. Aku kata pada Janggut, aku peduli apa, bukan bos aku yang bayar gaji aku, syarikat yang bayar. Bos aku pelekeh aku kaw-kaw pun, gaji aku naik juga setiap tahun...bukan aku nak bangga diri atau riak, siak jauh sekali tapi aku bersyukur dan ambil pendekatan positif yang syarikat masih hargai kederat aku. Kan?

Kiranya hampir tiga tahun juga aku jadi bangkai di mata bos aku walaupun hampir 85% officemate aku nampak aku macam seorang manusia budiman...terima kasihlah Tuhan jadikan aku manusia sempurna, tak macam bos aku yang pu*&%$#mak itu kan. Dan sabar aku pun ada batas, apatah lagi kalau korang dok di tempat aku. Aku tahu esok bos aku ada brainstorming dan dia kena print preplan yang di buat untuk sesi brainstorming itu.

Aku tekan no telefon KuJen, jam pukul 3 pagi..
"Jen, ko tolong aku boleh tak? Ko hackers paling bermaruah kat bumi ni kan?"
"Hello bhai, ko pesal pusing no aku pepagi buta neh, gua tengah sedap main sama bini gua lah.."
"ko ingat apa aku cakap tadi kan..masa kita jumpa kat kedai kopi Kumbang Bintang?"
"A ahh..pasal?"
"Ko hack dia boleh tak?"
"Ok bagi aku apa2 clue..."
"Bla bla bla..." Aku bisik pada dia, walhal telefon je yang aku pegang..cehh.
"Ok..beres.." Suara dia aku dengar jelas.

Sekitar jam 10 ketika meeting nak mula...aku tengok muka bos aku pucat lesi, macam kering darah kena hisap pontianak gila seks...toreh dengan pisau penoreh pun tiada darah yang keluar...

Aku call KuJen lagi sekali..
"KuJen, petang ni aku nak belanja ko lagi sekali kat kedai kopi Kumbang Bintang...!"
Kami berkongsi tawa di dalam telefon...hahahahaha!

Saturday 28 January 2012

Slurpp...

Story byVee
AKU seorang yang penakut! Ini adalah fakta. Fakta sejak azali kata kawan aku. Aku ni konon penakut dalam segala segi. Tak mengapalah, kawan aku tu tak sayang mulut. Dia boleh kata apa saja mengenai aku kerana aku tidak akan marah, hati aku sudah sebal, sudah bebal. Aku sememangnya penakut. Takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Aku paling takut kalau siang. Aku takut akan cahaya matahari kerana kulit aku akan kepanasan andai diterjah matahari.

Tapi aku akan selesa kalau berada di dalam bilik aku di bahagian belakang rumah banglow tiga tingkat ini. Tiada cahaya yang boleh lolos masuk kerana bilik aku di bahagian belakang, berdekatan dapur. Kalau ada cahaya pun adalah cahaya lampu kalimantang kawasan basahan tepi dapur. Cukuplah, aku tak perlukan cahaya lebih…aku alah dengan cahaya!

Bilik aku berlangsir kelabu berbelak bungan tompok hitam. Cadar aku sudah semestinya berwarna hitam dengan selimut berwarna merah cili. Kombinasi ghairah kata kawan aku. Ntah aku tidak pernah ghairah melihat manusia keseluruhan, aku cuma ghairah apabila melihat leher manusia. Kalau yang berleher jinjang itu, sangat aku suka. Mudah…mudah saja untuk berangan-angan.

Oh ya, bilik aku keseluruhannya bertema separa gothic! Dan aku tidak suka menyelak langsir, biarkan saja ia begitu. Ketika mak ada, aku tahu dia akan masuk untuk menukar cadar aku kepada warna ceria…tapi kini dia dah tak ada, aku kekal dengan warna hitam, warna gelap kata orang…tapi tidak pada aku.

Kali ini aku tidak dapat mengelak. Kawan bermulut lancang itu ingin sekali mengunjungi aku.  Untuk pengetahuan kalian, aku jarang menerima tetamu kerana aku lebih suka menghabiskan masa sendiri di dalam bilk.

Tiba hari yang dijanjikan, kawan aku datang dengan sebakul buah limau. Dia bukan kelahiran Cina tapi katanya limau bagus untuk aku yang sentiasa kekurangan vitamin C akibat sangat kurang terdedah kepada matahari. Dia mengata aku sebenarnya, biarkan.

Selepas usai menamu kawan aku yang datang, aku lihat dia seperti mengantuk dan kemudian terlelap di sofa empuk berbalut baldu coklat tua di ruang tamu. Ketika itu darahku meruap..lehernya putih mulus, tiada sebarang parut dan sempurna!

Aku tidak dapat mengawal diri untuk membenamkan dua gigi aku yang sudah lama kehausan cecair pekat merah dan berbau hanyir itu. Sedap..hilang haus aku yang sudah berbulan tidak dilangsai. Manis dan menyegarkan. Tiada bau hanyir apatah lagi pahit. Darahnya bermutu aku kira…puas menghisap, aku sedut buat kali terakhir beberapa titik yang bersememeh di lehernya. Ahh jangan membazir, aku jilat dengan lidah titisan basah merah yang merembes keluar dari leher putihnya itu. Kemudian aku cium dan mengucupnya buat kali terakhir sebelum dia sedar. Ada dua lubang kecil berwarna hitam di lehernya dan dia tidak akan tahu kerana aku sudah bacakan mantera penghilang. Sejurus kemudian dia terjaga.
“Aku bermimpi rasanya..”
“Kau mimpi apa?”
“Seseorang masuk ke dalam rohku…”
“Mimpi mainan tidur sayang, usah percaya…!”
“Hmm…aku nk balik dulu. Tidurku puas, tapi aku lemah rasanya..”
“Mahu aku hantar?”
“Tak apa, aku masih boleh memandu…”
“Kau baik-baik saja kan..”
Aku menghantarnya dengan ekor mata. Tidak mahu aku keluar dari teduhan rumah kerana matahari sudah tinggi di atas ubun-ubun, cepat saja aku beredar masuk, panas mula membara pada kulit. Aku menyelinap ke dalam bilik. Hati sudah senang, dalam hati ada taman…

Esoknya aku dapat sms dari kakaknya, dia dimasukkan ke hospital kerana kekurangan darah..dan tidak dapat dipastikan bagaimana hal itu boleh berlaku…

Aku terasa ingin senyum…hahahahaha!

Bodoh

Story byYuki
"Jauhlah sikit awak, kat sini orang ramailah" Amir cuba menutup aib sambil tangannya kemas meramas dan mengenggam jemari kekasihnya Ima. Not kertas warna merah.

"Alah! Ambil ajalah. Saya dah lambat nak masuk kerja ni...?" Ika dengan raut wajah yang serupa perempuan bodoh aku kira perlu diselamatkan. Tangan bertukar salam. Genggaman Ima kosong dan di tangan Amir kemas sudah berada di dalam kocek.

Dari jauh, aku perhatikan Ima berjalan. Muka tak berapa cantik. Dapat kekasih yang hensem serupa K-Pop. Sah-sahlah kau ni jenis perempuan kena goncang Ima. Beberapa hari kemudian. Di tempat biasa aku memerhatikan sasaran. Tak tahan rasanya.

"Aduh! sakitnya. U ni jalan tengoklah orang. Kaki I. Aduhh" Aku cuba sehabis baik berpaut pada seseorang. Geselan tubuh di bahagian atas mengena tangan dan kemudian dada seseorang. 

'Aaarghh. Bagus. Sasaran hampir terkulai' Aku tersenyum masih lagi cuba memaut tubuh si dia biar rapat di sisi dada.

"Eeerkkk... sorry you. Serius I tak sengaja. U ok tak? I Amir..." Aku pantas buka beg. Duit yang bersepah di dalam beg aku biar terang buat mata yang gersang kepadanya. "I'm Yuki. U boleh drive tak? Hantarkan I balik? Nanti I suruh driver papa I hantar U. Pleaseeeeeeeeeeee. Kaki I terseliuh okey U buat, sakit tau" Aku tersengih.

"I hantarkan. Kereta U mana?"
"Tu... Nah kunci...!" Mata Amir ternganga tidak kerdip. Jaguar. 'Pergh, pompuan ni serius kaya'
"U ada gf tak?" Yuki memegang peha Amir sambil meramas mesra. 
"I single lagi. Siapalah nak kat I ni." Dada Amir turun naik.
"Sekarang ni U free tak? Temankan I. Bosanlah duduk rumah sengsorang. Parent I gi Italy sebulan. Pleaseeeeeeeee U "

'Habislah kau pompuan. Kau belum kenal aku siapa. Come to papa, baby' "Okey. Sebagai tanda mohon maaf I pada U. I temankan U okey sayang?"

Thursday 26 January 2012

LRT

Story byVee
Aku pergi dan balik kerja naik LRT. Memang LRT jadi kenderaan rasmi aku yang marhaen ini. Bukan tak ada kereta, tapi sebab aku sayang orang rumah aku, aku bagi dia bawa kereta, supaya dia tak penat berdiri dalam bas, nak tunggu bas dan nak berhimpit-himpit dalam bas. Aku ini lelaki budiman, sayang akan dia jadi biar aku berikan dia nikmat dunia setiap hari kerana dia akan beri aku ‘nikmat syurga’ kala malam hari…hahaha!

Oleh sebab dah biasa dengan LRT, aku dah tahu akan siapa yang akan naik di stesen mana, siapa akan turun di Wangsa Maju dan siapa yang akan bertolak-tolak masuk di stesen KLCC. Orang kata practice make perfect. Dalam kes aku, regular event and regular person make me immune dengan scenario yang sama setiap hari.

Pun begitu, aku tetap tak jemu naik LRT. Sebab ia lubuk kepuasan. Aku boleh jamu mata, ada nasi lemak RM3, ada nasi lemak RM5, ada lempeng sekeping dan ada yang jenis flat rate…hahaha korang tahu kan, tak tahu sila cari sendiri. Kalau nasib baik, ada free preview kala lewat malam. Kalau esok malam minggu, aku akan naik LRT yang last kerana banyak adegan percuma, mereka ni bukan tahu nak hormat kalau lalu kawasan kubur bawah tanah LRT Kg Baru..chehhh!

Ada satu couple ni, dah lama aku perhatikan, mereka akan naik di Wangsa Maju dan turun di Asia Jaya. Setiap hari aku lihat mereka. Pegang tangan, pegang dagu, pegang pipi…ptuihhh! Ronggeng tak habis-habis. Benci dah tengok..bukan aku jeles tapi mereka over acting ok! Sakit mata aku nengoknya…macam mereka je lah couple kat dalam LRT tu..memang aku meluat tahap sinchan tunjuk bontot dah!

Tak boleh jadi, I need to do something..something that make my eyes clear..clear dari pandangan yang mengaibkan itu, mereka tu macam belangkas tak cukup tanah nak mengawan walaupun dalam LRT.

Dan aku akan luncurkan sms ini kepada phone si gadis itu..

“Sist, thanks sebab benarkan pakwe u tidur dengan I semalam…satu malam yang tak mungkin I lupakan…tq sangat! From: Mistery Cherry”

Dan esoknya aku lihat si jejaka berwajah monyok di atas LRT, tanpa di gadis di sisi. Aku kira mereka sudah putus! Hahahaha…

Nota: Jangan tanya bagaimana aku dapat nombor telefon si gadis…becoz im Vee…Vee The Hunting..u watch out!

Wednesday 25 January 2012

Putus

Story byYuki

"Sabar okey? Dia ada kat dapur tu. You janganlah asyik call I sangat time I kat rumah. Susah nanti. Love u too okey. Kejap lagi I datang"

Intaian-sengaja, kadangkala benar-benar menyakitkan. Payah untuk ditelan. Seolah-olah mengunyah sambil menikmati keindahan seni kaktus itu sendiri. Melihat suaminya sednag menuju ke arah dapur. Berlari pantas adalah solution yang paling bagus untuk beriadah-peluh.

Peti sejuk mewah ku perhatikan sedari tadi. Bau haruman perfume suami sangat menghairahkan imaginasi aku sebagai isteri. Dambakan peluk dan ciuman; sudah lama dia menjauhiku. Timun di tangan; bertukar posisi kemas di landas untuk dihentak lumatkan.

"Sayang! I keluar kejap. Ada meeting plak. Boss call banyak kali dah tu. Love u" Aduh, kalau sahaja dia mahu menjamah bibirku barang seketika pasti hati aku akan reda sebenarnya. Aaaargh, hati wanita; seringkali mahu dimanja dan diuliti sebetulnya.

Parang di tangan. Di angkat kemas seperti pertiwi.
Duuummmm....!! Putus dua sudah.

"Kalau sahaja kamu berani berlari keluar, akan aku hayun parang ini sekali lagi di kaki kirimu mengerti!"

Twitter

Story byVee
DIA suka twit. Dah banyak kali aku cakap, jangan twit...jangan twit, dia twit juga. Dia buat juga benda yang aku tak suka. Aku bukan anti teknologi, malah aku pun techmaniac sebenarnya. Kalau boleh aku nak technology bangunkan satu perisian supaya aku boleh berinteraksi dengan orang dalam televisyen, boleh bercumbu mesra dengan mana-mana wanita cantik yang aku tengok dalam tv.

Aku suka tengok Lindsay Lohan tu, walaupun badannya berbintik macam berkulat, tapi aku suka tengok dia yang bodoh keluar masuk penjara. Aku suka dan aku wish one day nanti technology maju supaya aku boleh berbicara terus dengan dia. Berbalik kepada perempuan yang suka twit ini, aku bukan halang dia twit sesama geng dia, tak..aku tak halang pun tapi aku bengang sebab dia twit benda yang bodoh. Bodoh alang, bodoh gila babi, bahkan aku rasa babi lebih cerdik dari dia.

Dah korang cuba bayangkan kalau setakat twit macam ni:
"...aku masak nasi, malas nak masak lauk, goreng bilis je lah...haishh!"
Tak ke bodoh tu namanya. Kadang kala tahap bodoh dia mengalahkan lintah bendang. Semua benda nak ditwitkan..dowh! Aku pernah hangen sebab dia pernah twit bagaimana aku penetrate masa main dengan dia..gila kan...benda dalam kain pun nak twit..aku tahu dia tak twit direct tapi tetap memalukan.
Dia twit begini:
"..ahh puas tau main subuh subuh morning gini..."
Damn stupid!

Kalau korang cek kamus, twit tu maksudnya memang bodoh kan...sah-sahlah pentwit ini adalah bodoh..dan dia ini kelulusan luar negara tapi kegilaannya terhadap kerja twit mengalahkan pekeja Indon yang jadi buruh kasar di Malaysia ni.
Setiap jam dia dengan twitternya. Aku balik kerja, dia sengeh depan hpnya yang canggih, aku tahu dia layan twitter. Aku nak tidur malam pun dia masih layan twitter. Aku malas dah nak ambil tahu apa yang dia twitkan. Sebab aku dah ada 'kerja' lain nak buat.
"Sayang, I ada meeting dan kursus di luar daerah selama dua minggu..so jaga diri tau.."
"Oh ya ke, kenapa tak beritahu awal-awal? Boleh I ambik cuti dan ikut U tau dear."
"Ek tak pe, kalau boring atau sunyi, U boleh twit kan..twitter kan ada.."
"Oh ya, apa-apa hal cek kat twitter tau..muahh!"
Kucupan hangat sayang dia singgah di pipi aku. Dia tak tahu aku nak pergi bercuti dengan bini baru aku yang tak akan sekali-kali menghadap twitter!

Dia nak twit berjuta kali dalam sehari, lantaklah..sebab aku pun akan sibuk semasa keluar berkursus ini, aku sibuk sebab nak 'ajar' bini yang baru aku nikahi ini bagaimana menjadi 'pentwitter' yang excellent setiap kali ingin 'twitter' dengan aku....hahaha!

Tuesday 24 January 2012

Approval

Story byYuki
"Duhai kekasih pujaan hatiku... Dapatkah kau beriku satu arti..." Menyentuh wajahmu kekasihku hanya melalui saluran maya, pathetic aku rasa. Nun jauh di sudut hati, Amarah dan sebal menjadi tunjang dendam yang baru sahaja bermula. 

"b, honey baru balik. b kat luar lagi yeah? taking care ok? miss me tak b?"

Aaaarghh...!!!, Kalaulah kita boleh berkawan wahai honey; Kedatangan honey buat pertama kalinya, minum petang. Betullah memang tak cantik manapun. Wajah? Senyumannya untukku? Aaaarghhh sakitnya hati.  Aduh, lembutnya bicaramu; barangkali kerana itu kekasihku menikam hatiku dan beralih arah kepadamu. Terus sahaja aku capai pemukul baseball yang aku simpan kemas di tepi pintu berhampiran duduknya honey; sementara menunggu teh bancuhanku. 

Aaaarhhh. Amat mudah lunturkan gadis lembut persis kamu rupanya wahai honey. Kulitmu yang licin, aduh pisau lipat di tangan mula menghiris lembut lapisan wajahmu yang menjadi dambaan kekasihku dahulu. Seumpama menyiang ikan salmon - hirisan halus mengembalikan aroma yang segar buat santapan hidung apabila percikan lemon mengena bersaksikan wasabi sebagai hiasan. Kalaulah kulitmu ini boleh bikin lekat di wajahku akan aku lakukan tahu? Agar senang aku mengambil alih kekasihmu - oooh tidah. Kekasihku sudah. Sorry.

Aaarghhh... Jemarimu yang menyentuh kekasihku wajar ku lumatkan. Danggggg! Berpisah jua kau jari dari tubuhmu. Pinjamkan ia padaku. Aku rindu belaian kekasihku yang semalam menjadi milikmu. Hah! Yang tinggal kini hanya badan dan kaki. Adik manismu yang duduknya antara bawahan pusat? Aaaarghhh aku lupa tentang itu. Sialan...! Rabak... Laju sahaja kayuhan baseballku mengena adik manismu. Sakitkah? Rabak sudah. Lagi sekali kamu hebat. Kalau saja aku mampu berikan adik manisku kepada kekasihku, mesti dia aku miliki selama-lamanya tanpa berkongsi denganmu.

Message to honey:
Maaf ya, Betullah kata kawan saya, muka awak serupa macam arwah kakak saya. Kita suka tgk muka awak. sebiji sgt. Maaf ya. Kita tak bermaksud nak buat awak terkejut. Cuma nak wat pelepas rindu. Pic kakak saya semuanya ayah saya dah buang. Satupun takda dalam simpanan. Hanya duduk dalam hati saya aja. Sudilah kiranya awak accept friend saya ni. Saya hargai sangat2. Menumpang rindu pada awak yang serupa dengan wajah kakak saya.

Seminggu lamanya tiada approval darimu honey. Aku kepingin sekali ingin jadi kenalanmu.

Reply from honey:
Ya ampun, sory sesangat, kalaulah saya boleh redakan kerinduan awak, mesti saya usahakan. kita appoved awak jadi kawan kita. dah jangan sedih-sedih lagi ya? Nama awak siapa? Saya sudi jadi kawan awak. Kita boleh bual panjang. Nanti awak ceritakan pasal kakak awak tu kalau tak keberatan. Cheer up okey? :)

Yes...! Thank a lot for being my new friend. Dam, u very soft person. i knew it, btw, My name is Yuki.