Info Us

Cerita pasif; cerita monolog; cerita sehala; cerita angan; cerita imaginasi; cerita schizo. Bilang apa sahaja untuk bahasa mudah. Sekadar merenung sambil membayangkan; tiada salahnya bukan? Sila jangan cuba adegan ini; Ianya adalah salah di sisi agama. Ketamadunan manusia itu sendiri sebetulnya indah untuk dihayati. Minda separa-sedar mampu membawa pelbagai bicara buat tubuh; belajar bertoleransi dengan tubuh sendiri agar harmoni dunia ada akhirat.

Wednesday 25 January 2012

Putus

Story byYuki

"Sabar okey? Dia ada kat dapur tu. You janganlah asyik call I sangat time I kat rumah. Susah nanti. Love u too okey. Kejap lagi I datang"

Intaian-sengaja, kadangkala benar-benar menyakitkan. Payah untuk ditelan. Seolah-olah mengunyah sambil menikmati keindahan seni kaktus itu sendiri. Melihat suaminya sednag menuju ke arah dapur. Berlari pantas adalah solution yang paling bagus untuk beriadah-peluh.

Peti sejuk mewah ku perhatikan sedari tadi. Bau haruman perfume suami sangat menghairahkan imaginasi aku sebagai isteri. Dambakan peluk dan ciuman; sudah lama dia menjauhiku. Timun di tangan; bertukar posisi kemas di landas untuk dihentak lumatkan.

"Sayang! I keluar kejap. Ada meeting plak. Boss call banyak kali dah tu. Love u" Aduh, kalau sahaja dia mahu menjamah bibirku barang seketika pasti hati aku akan reda sebenarnya. Aaaargh, hati wanita; seringkali mahu dimanja dan diuliti sebetulnya.

Parang di tangan. Di angkat kemas seperti pertiwi.
Duuummmm....!! Putus dua sudah.

"Kalau sahaja kamu berani berlari keluar, akan aku hayun parang ini sekali lagi di kaki kirimu mengerti!"

1 comment:

Vee said...

Bila nak potong lagi weii..hehe