Info Us

Cerita pasif; cerita monolog; cerita sehala; cerita angan; cerita imaginasi; cerita schizo. Bilang apa sahaja untuk bahasa mudah. Sekadar merenung sambil membayangkan; tiada salahnya bukan? Sila jangan cuba adegan ini; Ianya adalah salah di sisi agama. Ketamadunan manusia itu sendiri sebetulnya indah untuk dihayati. Minda separa-sedar mampu membawa pelbagai bicara buat tubuh; belajar bertoleransi dengan tubuh sendiri agar harmoni dunia ada akhirat.

Tuesday 31 January 2012

Hack...

Story byVee
Semalam aku berjumpa dengan KuJen kat kedai kopi Kumbang Bintang. Lama tak jumpa mamat sorang ni. Dia kawan lama aku, kawan masa sekolah, kawan paling samseng tapi kepala hotak boleh pakai punya. Kalau bab IT dia memang mahir, orang kata hujung jari saja. Cehhh aku jer yang tak  mahir apa-apa, aku cuma mahir skodeng orang cantik, orang lawa dan orang genit saja, bukan mata keranjang tapi mereka itu akan berasa dihargai kalau aku tenung mereka. Oh ya, pastinya bini aku tip top tau! Hak..

Hmm masa jumpa KuJen tu pun aku banyak sembang pasal IT dengan mamat kutu berahak berwajah puaka handsome...sama macam aku lah...tapi bila balik rumah dan belek file kerja, aku hilang mood, nafsu nak meniduri bini aku pun sentap bila ingat muka celaka bos aku kat office. Nak kata dia dengki dengan aku, aku bukan ada apa pun, aku cuma ada bini lawa, sebuah rumah teres empat bilik, sebiji kereta yang lampunya seakan-akan mata cougar dan tiga ekor anak kucing manja buat penghibur aku laki bini. Kami belajar bela anak kucing dulu sebelum bela anak sendiri. Hahaha!

Ok bos aku ni punyalah tahap dewa bencikan aku..dia buat aku macam lembu, herdik jerkah sesuka hati saja. Kalau nak bambu aku, depan-depan junior je dia tiak sama aku..memang puaka perangai busuk dia. Janggut (dia ni colleague aku yang terbaik) pernah komplen betapa aku kebal telingan dan buta hati kerana masih sanggup bekerja di bawah bos bersikap jembalang tanah itu. Aku kata pada Janggut, aku peduli apa, bukan bos aku yang bayar gaji aku, syarikat yang bayar. Bos aku pelekeh aku kaw-kaw pun, gaji aku naik juga setiap tahun...bukan aku nak bangga diri atau riak, siak jauh sekali tapi aku bersyukur dan ambil pendekatan positif yang syarikat masih hargai kederat aku. Kan?

Kiranya hampir tiga tahun juga aku jadi bangkai di mata bos aku walaupun hampir 85% officemate aku nampak aku macam seorang manusia budiman...terima kasihlah Tuhan jadikan aku manusia sempurna, tak macam bos aku yang pu*&%$#mak itu kan. Dan sabar aku pun ada batas, apatah lagi kalau korang dok di tempat aku. Aku tahu esok bos aku ada brainstorming dan dia kena print preplan yang di buat untuk sesi brainstorming itu.

Aku tekan no telefon KuJen, jam pukul 3 pagi..
"Jen, ko tolong aku boleh tak? Ko hackers paling bermaruah kat bumi ni kan?"
"Hello bhai, ko pesal pusing no aku pepagi buta neh, gua tengah sedap main sama bini gua lah.."
"ko ingat apa aku cakap tadi kan..masa kita jumpa kat kedai kopi Kumbang Bintang?"
"A ahh..pasal?"
"Ko hack dia boleh tak?"
"Ok bagi aku apa2 clue..."
"Bla bla bla..." Aku bisik pada dia, walhal telefon je yang aku pegang..cehh.
"Ok..beres.." Suara dia aku dengar jelas.

Sekitar jam 10 ketika meeting nak mula...aku tengok muka bos aku pucat lesi, macam kering darah kena hisap pontianak gila seks...toreh dengan pisau penoreh pun tiada darah yang keluar...

Aku call KuJen lagi sekali..
"KuJen, petang ni aku nak belanja ko lagi sekali kat kedai kopi Kumbang Bintang...!"
Kami berkongsi tawa di dalam telefon...hahahahaha!

No comments: