Info Us

Cerita pasif; cerita monolog; cerita sehala; cerita angan; cerita imaginasi; cerita schizo. Bilang apa sahaja untuk bahasa mudah. Sekadar merenung sambil membayangkan; tiada salahnya bukan? Sila jangan cuba adegan ini; Ianya adalah salah di sisi agama. Ketamadunan manusia itu sendiri sebetulnya indah untuk dihayati. Minda separa-sedar mampu membawa pelbagai bicara buat tubuh; belajar bertoleransi dengan tubuh sendiri agar harmoni dunia ada akhirat.

Thursday 26 January 2012

LRT

Story byVee
Aku pergi dan balik kerja naik LRT. Memang LRT jadi kenderaan rasmi aku yang marhaen ini. Bukan tak ada kereta, tapi sebab aku sayang orang rumah aku, aku bagi dia bawa kereta, supaya dia tak penat berdiri dalam bas, nak tunggu bas dan nak berhimpit-himpit dalam bas. Aku ini lelaki budiman, sayang akan dia jadi biar aku berikan dia nikmat dunia setiap hari kerana dia akan beri aku ‘nikmat syurga’ kala malam hari…hahaha!

Oleh sebab dah biasa dengan LRT, aku dah tahu akan siapa yang akan naik di stesen mana, siapa akan turun di Wangsa Maju dan siapa yang akan bertolak-tolak masuk di stesen KLCC. Orang kata practice make perfect. Dalam kes aku, regular event and regular person make me immune dengan scenario yang sama setiap hari.

Pun begitu, aku tetap tak jemu naik LRT. Sebab ia lubuk kepuasan. Aku boleh jamu mata, ada nasi lemak RM3, ada nasi lemak RM5, ada lempeng sekeping dan ada yang jenis flat rate…hahaha korang tahu kan, tak tahu sila cari sendiri. Kalau nasib baik, ada free preview kala lewat malam. Kalau esok malam minggu, aku akan naik LRT yang last kerana banyak adegan percuma, mereka ni bukan tahu nak hormat kalau lalu kawasan kubur bawah tanah LRT Kg Baru..chehhh!

Ada satu couple ni, dah lama aku perhatikan, mereka akan naik di Wangsa Maju dan turun di Asia Jaya. Setiap hari aku lihat mereka. Pegang tangan, pegang dagu, pegang pipi…ptuihhh! Ronggeng tak habis-habis. Benci dah tengok..bukan aku jeles tapi mereka over acting ok! Sakit mata aku nengoknya…macam mereka je lah couple kat dalam LRT tu..memang aku meluat tahap sinchan tunjuk bontot dah!

Tak boleh jadi, I need to do something..something that make my eyes clear..clear dari pandangan yang mengaibkan itu, mereka tu macam belangkas tak cukup tanah nak mengawan walaupun dalam LRT.

Dan aku akan luncurkan sms ini kepada phone si gadis itu..

“Sist, thanks sebab benarkan pakwe u tidur dengan I semalam…satu malam yang tak mungkin I lupakan…tq sangat! From: Mistery Cherry”

Dan esoknya aku lihat si jejaka berwajah monyok di atas LRT, tanpa di gadis di sisi. Aku kira mereka sudah putus! Hahahaha…

Nota: Jangan tanya bagaimana aku dapat nombor telefon si gadis…becoz im Vee…Vee The Hunting..u watch out!

1 comment:

Yuki said...

finally can read the full one. hahaha. oh btw... sinchan is cute okey. :p...