Info Us

Cerita pasif; cerita monolog; cerita sehala; cerita angan; cerita imaginasi; cerita schizo. Bilang apa sahaja untuk bahasa mudah. Sekadar merenung sambil membayangkan; tiada salahnya bukan? Sila jangan cuba adegan ini; Ianya adalah salah di sisi agama. Ketamadunan manusia itu sendiri sebetulnya indah untuk dihayati. Minda separa-sedar mampu membawa pelbagai bicara buat tubuh; belajar bertoleransi dengan tubuh sendiri agar harmoni dunia ada akhirat.

Saturday 28 January 2012

Slurpp...

Story byVee
AKU seorang yang penakut! Ini adalah fakta. Fakta sejak azali kata kawan aku. Aku ni konon penakut dalam segala segi. Tak mengapalah, kawan aku tu tak sayang mulut. Dia boleh kata apa saja mengenai aku kerana aku tidak akan marah, hati aku sudah sebal, sudah bebal. Aku sememangnya penakut. Takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Aku paling takut kalau siang. Aku takut akan cahaya matahari kerana kulit aku akan kepanasan andai diterjah matahari.

Tapi aku akan selesa kalau berada di dalam bilik aku di bahagian belakang rumah banglow tiga tingkat ini. Tiada cahaya yang boleh lolos masuk kerana bilik aku di bahagian belakang, berdekatan dapur. Kalau ada cahaya pun adalah cahaya lampu kalimantang kawasan basahan tepi dapur. Cukuplah, aku tak perlukan cahaya lebih…aku alah dengan cahaya!

Bilik aku berlangsir kelabu berbelak bungan tompok hitam. Cadar aku sudah semestinya berwarna hitam dengan selimut berwarna merah cili. Kombinasi ghairah kata kawan aku. Ntah aku tidak pernah ghairah melihat manusia keseluruhan, aku cuma ghairah apabila melihat leher manusia. Kalau yang berleher jinjang itu, sangat aku suka. Mudah…mudah saja untuk berangan-angan.

Oh ya, bilik aku keseluruhannya bertema separa gothic! Dan aku tidak suka menyelak langsir, biarkan saja ia begitu. Ketika mak ada, aku tahu dia akan masuk untuk menukar cadar aku kepada warna ceria…tapi kini dia dah tak ada, aku kekal dengan warna hitam, warna gelap kata orang…tapi tidak pada aku.

Kali ini aku tidak dapat mengelak. Kawan bermulut lancang itu ingin sekali mengunjungi aku.  Untuk pengetahuan kalian, aku jarang menerima tetamu kerana aku lebih suka menghabiskan masa sendiri di dalam bilk.

Tiba hari yang dijanjikan, kawan aku datang dengan sebakul buah limau. Dia bukan kelahiran Cina tapi katanya limau bagus untuk aku yang sentiasa kekurangan vitamin C akibat sangat kurang terdedah kepada matahari. Dia mengata aku sebenarnya, biarkan.

Selepas usai menamu kawan aku yang datang, aku lihat dia seperti mengantuk dan kemudian terlelap di sofa empuk berbalut baldu coklat tua di ruang tamu. Ketika itu darahku meruap..lehernya putih mulus, tiada sebarang parut dan sempurna!

Aku tidak dapat mengawal diri untuk membenamkan dua gigi aku yang sudah lama kehausan cecair pekat merah dan berbau hanyir itu. Sedap..hilang haus aku yang sudah berbulan tidak dilangsai. Manis dan menyegarkan. Tiada bau hanyir apatah lagi pahit. Darahnya bermutu aku kira…puas menghisap, aku sedut buat kali terakhir beberapa titik yang bersememeh di lehernya. Ahh jangan membazir, aku jilat dengan lidah titisan basah merah yang merembes keluar dari leher putihnya itu. Kemudian aku cium dan mengucupnya buat kali terakhir sebelum dia sedar. Ada dua lubang kecil berwarna hitam di lehernya dan dia tidak akan tahu kerana aku sudah bacakan mantera penghilang. Sejurus kemudian dia terjaga.
“Aku bermimpi rasanya..”
“Kau mimpi apa?”
“Seseorang masuk ke dalam rohku…”
“Mimpi mainan tidur sayang, usah percaya…!”
“Hmm…aku nk balik dulu. Tidurku puas, tapi aku lemah rasanya..”
“Mahu aku hantar?”
“Tak apa, aku masih boleh memandu…”
“Kau baik-baik saja kan..”
Aku menghantarnya dengan ekor mata. Tidak mahu aku keluar dari teduhan rumah kerana matahari sudah tinggi di atas ubun-ubun, cepat saja aku beredar masuk, panas mula membara pada kulit. Aku menyelinap ke dalam bilik. Hati sudah senang, dalam hati ada taman…

Esoknya aku dapat sms dari kakaknya, dia dimasukkan ke hospital kerana kekurangan darah..dan tidak dapat dipastikan bagaimana hal itu boleh berlaku…

Aku terasa ingin senyum…hahahahaha!

No comments: